Menarik tentang kerjaya ejen hartanah ialah, untuk menyertai dan berjaya, ia tidak berkait rapat dengan 3 perkara ini:
i. Umur
ii. Latarbelakang Akademik
iii. Pengalaman Kerja
Asalkan diberikan komitmen, kesungguhan dan kadar kesabaran yang betul, semua boleh berjaya. Kadang ada yang beranggapan, untuk berjaya jadi ejen hartanah mestilah ada latarbelakang akademik yang berkait rapat dengan hartanah macam Diploma atau Degree dalam Estate Management ke, Quantity Surveyor ke, Valuation dan sebagainya. Namun bila diperhatikan ramai yang berjaya hari ini, boleh dikatakan sebahagian besar dari mereka tiada kelayakan akademik dalam hartanah pun.
Bukan sahaja mereka berjaya, malah mereka mampu membina kerjaya dan kehidupan hasil dari pendapatan sebagai seorang ejen hartanah.
Tapi takkan anak kita yang umur 13 tahun dah boleh jadi ejen hartanah sir? Takkan takde umur minimum? Mestilah ada kan….
Minimumnya ialah, seorang itu mestilah sekurang berumur 18 tahun untuk menjadi ejen hartanah berdaftar dan professional dengan sebuah agensi. Kerana umur 18 tahun ialah umur yang sesuai dan dibenarkan untuk berkontrak. Kita perlu bernaung dibawah agensi untuk melayakkan kita mendapat No Real Estate Negotiator (REN NO) kita sendiri. Jadi untuk itu, mestilah ada kontrak pekerjaan (contract of service) dengan agensi.
Bila dah ada kontrak pekerjaan (employment contract) dengan agensi, maka bolehlah mula bergerak ke langkah seterusnya dengan mendaftar kursus Negotiator Certification Course (NCC) untuk dapatkan sijil yang kemudiannya akan didaftarkan dengan Lembaga Penilai Penaksir Ejen Hartanah & Pengurus Harta Malaysia untuk dapatkan REN NO.





